Followers

Wednesday, December 25, 2013

PULANGNYA MAK KE RAHMATULLAH

Hari ni hari ke 45 arwah mak meninggalkan kami semua dan pulang ke Rahmatullah menemui penciptaNYA.. Kehilangan mak satu tamparan hebat buat diri ini. Kini tiada lagi tempat berbicara ketika hati sedang gundah..walaupun bicaraku selama ini tiada respons dari mak tetapi itu satu kepuasan kerna semasa sihatnya mak dia bertindak sebagai sahabat kepada aku. Mak pergi menemui ILLAHI pada 12 November 2013 jam 1.15 am. Alhamdulillah kami adik beradik semua ada disekeliling mak saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alhamdulillah orang ramai berpusu2 menziarah mak sedari sakitnya semakin teruk hinggalah saat terakhir perjalanannya dimuka bumi ini. Mak meninggal di rumah abang di seri Petaling...kemudian jenazah mak disempurnakan di Masjid seri Petaling @ Masjid Tabligh. syukur sekali lagi kerana aku diberi kekuatan untuk menahan air mata dari memandikan hingga mengkafankan jenazah mak. Itu lah perkhidmatan terakhir kami adik beradik. alhamdulilah tiada sebarang keaiban ditunjukkan. selesai semua jenazah di sembahyangkan di masjid seri petaling..Alhamdulillah beratus2 orang telah menyembahyangkan mak.. memang rezeki mak. seterusya jenazah akan dikebumikan di kampong halaman di Felda Sri Ledang tangkak. kami bertolak kira2 jam 11.00 dan sampai di kampong kira2 jam 2.00 pm...jiran tetangga ...saudara mara ..sahabat handai ramai yang telah menunggu. Jenazah mak disembahyangkan sekali lagi dirumah kami. Kira2 jam 3.00 petang jenazah mak selamat dikebumikan. Alhamdulillah Pusara mak berada dekat dengan Pusara Abah. Yatim Piatu dah diri ini.....Semoga mak tenang disana